Monday 25 September 2017

Masalah ketiak hitam serta bau badan kurang menyenangkan

Isu ini memang kurang dibincangkan secara terbuka kerana perasaan malu. 

Terdapat pelbagai lambakan produk di pasaran yang menawarkan solusi kepada masalah ini, dengan pelbagai janji kononnya produk mereka efektif untuk menyelesaikan masalah.

Mungkin ada produk yang berkesan kepada segelintir individu, tetapi kebanyakannya tidak berjaya menyelesaikan masalah kulit gelap di bahagian bawah lengan serta bau badan yang tidak menyenangkan.

Pernah tak anda berselisih dengan individu yang mempunyai bau badan yang tengik?

Apa reaksi anda? Adakah anda mampu bernafas seperti biasa sambil tersenyum? 

Atau anda terpaksa menahan nafas dan cuba mencari udara segar di tempat lain? Hahahaa.. saya pun pernah mengalaminya.

Mungkin individu itu tidak sedar yang bau badannya menyebabkan pencemaran bau pada saluran pernafasan anda, atau mungkin dia tidak mengambil berat pun tentang bau badannya.

Ada beberapa faktor kenapa kulit ketiak menjadi gelap serta badan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan:

1. Mencukur bulu di bahagian ketiak

Apabila kita mencukur bulu di bahagian ketiak, terdapat selapisan nipis kulit yang turut dicukur bersama dengan bulu tersebut. Mencukur bulu sebenarnya hanya membuang bulu di bahagian permukaan kulit sahaja. Selepas itu, bulu tersebut akan memanjang semula dan anda mengulangi rutin mencukur. Kesan cukuran itu menyebabkan rengsaan pada kulit serta sel-sel kulit mati yang berkumpul di bahagian tersebut. Pengumpulan sel-sel kulit mati ini akan menyebabkan kulit di bahagian ketiak menjadi semakin hitam.

Alternatif kepada mencukur adalah dengan menggunakan waxing atau cabutan bulu sehingga ke bahagian folikel. Kaedah ini mengurangkan kesan penghitaman di bahagian bawah kulit serta menjarakkan tempoh pemanjangan bulu di bahagian ketiak.

2. Penggunaan deodorant dan antiperspirants

Tidak dinafikan, penggunaan deodorant dan antiperspirant mampu mengawal bau badan serta rembesan peluh. Walau bagaimanapun, kebanyakan deodorant dan antiperspirant yang terdapat di pasaran dibuat dari bahan-bahan kimia yang memberi kesan negatif kepada kulit. 

Antiperspirant adalah kurang digalakkan penggunaanya kerana ia merencat rembesan peluh, menyebabkan sistem normal rembesan peluh di dalam badan terganggu.

Penggunaan produk deodorant dan antiperspirant yang tinggi dengan kandungan bahan kimia berbahaya menyebabkan kulit menjadi semakin gelap.

Alternatif yang lebih baik untuk mencerah kulit ketiak dan menghilangkan bau badan adalah menggunakan produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan mengandungi serbuk arrowroot serta baking soda seperti yang terdapat di dalam Refreshing Deodorant dari Freshpicks.

Kedua-dua bahan serbuk arrowroot dan baking soda mampu menghilangkan kesan bahan kimia berbahaya yang terkumpul di permukaan kulit ketiak.

Perbandingan ingredien di antara deodorant yang terdapat di pasaran dan Refreshing Deodorant dari Freshpicks.


3. Geseran akibat pemakain baju yang terlalu ketat

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, pemakaian baju yang terlalu ketat terutamaya di bahagian bahu dan lengan menyumbang kepada geseran yang tinggi kepada kulit dan mengakibatkan penghitaman pada bahagian kulit ketiak.

Seeloknya pakai pakaian yang longgar dan material yang lembut di bahagian badan yang sensitif seperti di bahagian ketiak dan paha untuk mengurangkan kesan penghitaman kulit. Sekiranya anda baru sahaja mencabut bulu, pakai pakaian yang longgar kerana pada ketika itu kulit anda adalah lebih sensitif.

4. Ketidakstabilan hormon dan infeksi bakteria

Kadang kala ketidakstabilan hormon di dalam badan juga menyumbang kepda masalah penghitaman kulit terutamanya di bahagian ketiak, tengkuk, kemaluan dan bahagian pelipatan. Ketidakstabilan hormon ini dipanggil sebagai Acanthosis nigricans. Situasi ini disebabkan oleh masalah obesiti, diabetes atau pengeluaran hormon yang tidak normal di dalam badan.

Seeloknya, consult dengan doktor jika anda mengalami keadaan ini.

Berpeluh dengan banyak juga adalah faktor untuk bakteria membiak di kawasan pelipat kulit terutamanya di bahagian ketiak yang menyebabkan masalah bau badan yang tidak menyenangkan. 

Pakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh, kerap tukar baju dan seluar yang bersih, serta mandi dengan sabun antibakteria untuk mengurangkan masalah bau badan akibat berpeluh. Boleh juga menggunakan sabun Marvell dari Freshpicks yang memang berkesan untuk melembapkan kulit serta menghilangkan masalah bau badan. Selain itu, disarankan untuk menggunakan deodorant dari Freshpicks yang mengandungi essential oils, kaolin clay serta serbuk arrowroot untuk mengawal bau badan.



5. Menghisap rokok (Smoker's Melanosis)

Smokers Melanosis adalah keadaan hyperpigmentation di mana kulit menjadi gelap dan terdapat tompokan gelap pada kulit ketiak disebabkan oleh tembakau di dalam rokok tersebut. Selagi mana individu itu merokok, tompokan hitam akan menjadi semakin sukar untuk hilang serta bau badan yang tidak menyenangkan.

Kaedah paling berkesan adalah dengan berhenti merokok serta menggunakan deodorant dari Freshpicks untuk menyelesaikan masalah anda.

6. Makanan pedas dan berempah

Sekiranya anda adalah individu yang gemar memakan makanan pedas dan berempah seperti kari dan bawang putih, kebarangkalian untuk badan anda mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan adalah sangat tinggi.

Ada juga pendapat yang mengatakan individu yang memakan banyak makanan berunsur daging merah seperti daging lembu, turut meningkatkan risiko masalah bau badan.

Alternatif untuk permasalahan ini adalah untuk cuba mengurangkan kekerapan memakan makanan yang terlalu pedas dan berempah serta menggunakan deodorant dari Freshpicks untuk masalah bau badan ini.



Refreshing deodorant dari Freshpicks dibuat daripada bahan-bahan semulajadi yang mesra dengan kulit, mampu mencerahkan kulit ketiak dan bahagian pelipat kulit serta menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan. Deodorant ini tidak merengsa kulit serta sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita di semua peringkat umur.

Saya telah menggunakan deodorant dari Freshpicks ini sejak ia mula dilancarkan dan Alhamdulillah, ternyata kulit di bahagian bawah lengan semakin cerah serta tiada bau badan yang tidak menyenangkan. Saya pun semakin yakin dengan penampilan saya meskipun melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Minyak kelapa dara dan wax lebah yang diguanakan di dalam produk ini bertindak untuk melembapkan kulit. Manakala kaolin clay membantu untuk mencerahkan kulit ketiak secara semulajadi.


Dapatkan produk Freshpicks anda daripada saya.

Diana Ahmad
Premium Dealer Freshpicks
012-6571901

Thursday 19 January 2017

Anak sering sakit?

Adakah anak anda sering sakit?

Bagi mana-mana ibu atau bapa, apabila anak kita sakit, kita akan turut merasa kesakitan anak dan emosi akan jadi 'down'. Selagi boleh, mana saja doktor pakar yang dicadangkan oleh rakan-rakan, saudara-mara, pegawai kesihatan, waima di dalam blog sekali pun, kita akan cuba ikhtiar untuk membawa anak berubat dengan doktor pakar tersebut.

Ikhtiar supaya anak itu sihat seperti biasa.

Pada ketika itu, baru kita akan menghargai kesihatan serta keletah anak ketika anak sihat.

'Health is wealth', definitely.

Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya dan anak saya dari segi kesihatan. Bukan bermaksud kami tidak sakit langsung. Tetap sakit jika itu rezeki kami. Tetapi tidak sekerap orang lain atau anak-anak orang lain.

Anak saya biasa juga dengan penyakit yang 'common' pada kanak-kanak seperti demam panas, batuk berkahak, selesema. Ada juga dua atau tiga kali muntah disebabkan tersalah makan.

Anak saya pernah juga dijangkiti HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) serta 'chickenpox'. Tetapi dalam masa 2 - 3 hari, anak saya kembali aktif seperti biasa.

Penyakit yang sering kali berulang adalah batuk berkahak dan selesema. Ada ketika dah sembuh dari penyakit-penyakit tersebut, tapi mungkin disebabkan kelalaian pihak lain, penyakit tersebut berulang.

Semua tu adalah penyakit yang biasa pada kanak-kanak pada umur 5 tahun dan ke bawah. Cuma yang membezakan adalah kekerapan anak untuk jatuh sakit.

Tetapi, anak saya hanya pernah dimasukkan sekali sahaja ke dalam wad hospital swasta akibat demam panas yang agak tinggi dan doktor Zaqrul nasihatkan untuk 'continuous monitoring' di hospital. Doktor Zaqrul ni sangat baik, mesra dan beliau adalah salah seorang jiran kami pada ketika itu.

Apabila saya lihat rakan-rakan sekerja yang terpaksa kerap mengambil cuti kecemasan disebabkan anak tidak sihat dan dimasukkan ke wad hospital, saya berasa simpati kerana saya faham perasaan seorang ibu yang berkorban menjaga anak sepenuh masa dalam keadaan yang tidak selesa serta meninggalkan semua kerja rumah dan kerja pejabat untuk menumpukan perhatian kepada anak.

Doa kepada Allah supaya anak itu sembuh serta sihat seperti biasa.

Saya bukanlah mempunyai pengalaman yang banyak dalam penjagaan anak. Anak saya pun hanya seorang. Itulah nyawa saya.

Dari segi penjagaan anak kecil, saya kerap minta nasihat dari ibu bapa saya. Mereka memang mempunyai pengalaman yang sangat luas menjaga 6 orang anak yang hanya berbeza setahun setiap seorang.

Ada nasihat yang memang saya amalkan, ada yang saya tak buat.. biasa la, orang muda, ada degilnya juga.

Selain itu, saya banyakkan bacaan berkaitan penjagaan anak terutamanya dari luar negara kerana ramai pakar kanak-kanak dan individu di sana berkongsi kaedah untuk mengubati sesuatu penyakit.

Kalau nak berkongsi nasihat, saya hanya ada satu nasihat saja.

Kuatkan antibodi anak.

Cara yang saya amalkan untuk meningkatkan antibodi anak saya semasa kecil sehingga sekarang:

1. Lewatkan pengambilan makanan pejal ('solid food') kepada 8 bulan ke atas

Biasa yang saya baca, apabila anak mencecah umur 6 bulan, maka berebut-rebutlah si ibu untuk menyediakan makanan pejal ('solid food') untuk dimakan oleh anak kecil. Rata-rata yang saya baca, the mothers are very excited to start with solid food to their babies.

Hanya ada sekali dua saya terbaca nasihat dari doktor untuk melewatkan permulaan pengambilan makanan pejal kepada anak kecil ini. Dan saya pilih nasihat dari ibu saya, untuk melewatkan pengambilan 'solid food' kepada anak saya. Saya hanya mula memberi sedikit demi sedikit 'solid food' kepada anak saya apabila umurnya 8 bulan ke atas.

Walau bagaimanapun pengasuh anak saya mula memberi makanan pejal pada anak saya ketika umur 6 bulan, and I was totally disagree with her and asked her to not to give my son solid food at the age of 6 months. Ada pertembungan pemahaman di situ, tetapi saya tetap tegaskan untuk tidak memberi anak saya 'solid food' pada umurnya 6 bulan.

Apabila anak saya mencecah setahun, barulah saya mula memberi secara rutin 'solid food' kepadanya.

Kenapa?

Pada umur 6 bulan, sistem penghadaman anak baru saja mula untuk matang untuk memproses makanan kompleks. Apabila kita bebankan sistem penghadaman anak kecil, ianya akan mempengaruhi keseluruhan sistem dalaman anak. Pada saya, biarlah sistem penghadaman anak betul-betul bersedia untuk menghadam makanan kompleks kerana selepas itu, anak itu akan makan semua makanan yang boleh dimakan sehingga ke hujung nyawa.

Tak bolehkah kita bersabar untuk 8 bulan atau setahun?

2. Pemilihan susu yang betul

Jika anak anda mula menyusu dengan susu formula, saya sangat-sangat sarankan untuk pilih susu formula yang terbaik untuk anak anda.

Pada umur anak saya setahun 8 bulan, saya terpaksa memulakan susu formula kepada anak saya kerana susu badan tidak cukup dengan keperluan anak saya. Saya pilih susu EnfaGrow A+.

Saya memilih susu EnfaGrow dari Step 1 sehingga sekarang (Step 4) kerana anak saya sejak kecil telah didiagnos dengan eczema serta alahan kepada beberapa jenis makanan. Jadi, saya perlu pastikan anak saya tiada alahan pada susu formula dan mampu untuk memberi nutrien terbaik untuk anak saya.


Saya tidak mempunyai kapasiti untuk mencuba susu formula dari jenama yang lain. Memandangkan anak saya memang serasi dengan susu EnfaGrow A+ sejak kecil hingga sekarang, I'm a happy mom. Don't make your life difficult by trying different brands of formulated milk.

3. Pengambilan madu asli

Atas nasihat bapa saya, saya amalkan pemberian madu asli yang dicairkan dengan air kepada anak saya. Pada ketika itu, saya hampir 'give-up' apabila anak saya seringkali dijangkiti selesema. Hati seorang ibu memang berat untuk terlalu bergantung harap pada ubat-ubatan yang diberi oleh doktor. Jadi, sekiranya berkesempatan, saya akan masukkan satu sudu kecil madu asli ke dalam air suam untuk diminum oleh anak saya. Ketika anak saya dijangkiti selesema pun, sekurang-kurangnya sekali sehari saya akan campurkan madu asli ke dalam air suam untuk anak saya minum.

Ubat yang diberi oleh doktor juga wajib diberi kepada anak kerana itu juga adalah usaha kita untuk membantu anak kembali sihat.

Madu bagus untuk meningkatkan antibodi badan anak kita bagi melawan penyakit.



4. Pengambilan makanan tambahan

Ok, point yang ini terpulang kepada pilihan ibu bapa masing-masing. Saya pilih untuk memberi Mealshakes dari Shaklee kepada anak saya pada umur beliau sekitar 3 tahun ke atas. Saya hanya beri satu sudu kecil Mealshakes, sehari sekali yang dicampur dengan susu anak saya. Kemudian, saya berhenti untuk beri Mealshakes kepada anak atas sebab yang terlalu peribadi.

Tahun lepas, saya mula 'survey' di Farmasi Alpro Senawang untuk probiotik yang mesra kanak-kanak.

Ada probiotik yang tak mesra ke? Hahaaa..

Probiotik ni banyak terdapat secara semulajadi di dalam makanan kita. Ada juga minuman yang dikulturkan dengan probiotik ini untuk kebaikan sistem penghadaman kita contohnya Yakult, Vitagen, yoghurt drink, yoghurt dan sebagainya. Tetapi, minuman berkultur ni hampir kesemuanya adalah manis. Jika ditulis 'sugar-free' pada pembungkusannya sekalipun, tetap akan ditambah dengan pemanis sintetik. Jadi saya tidak benarkan anak saya untuk kerap mengambil produk-produk yang terlalu manis untuk kesihatan badan dan kesihatan mulutnya.

Alternatif saya adalah untuk memberi probiotik yang mudah untuk diambil oleh anak kecil. Kidsbiotics adalah salah satu jenama yang caught my eyes. Mungkin sebab gambar pada kotak 'packaging' tu comel kot.



Di dalam kotak Kidsbiotics ni ada 30 sachet 'white powder' yang mengandungi probiotics dan boleh dicampur dengan air suam, air minuman atau susu kerana ia adalah 'tasteless'. Kebiasaannya saya campur satu sachet dengan susu anak saya untuk diminum sebelum tidur ataupun pagi selepas dia bangun dari tidur.

Saya rasakan itu adalah waktu terbaik kerana sistem badan berada dalam keadaan rehat dan penyerapan nutrien adalah optimum pada ketika itu.

Tapi, saya tak beri Kidsbiotics ni setiap hari. Selang sehari, atau bila teringat. Nak buat macam mana, ibu bekerjaya, banyak urusan rumah dan pejabat yang perlu diselesaikan.


Setakat ni, itu sahaja yang saya ingat dalam penjagaan anak saya supaya dia tidak mudah jatuh sakit. Jika anak anda kerap sakit walau pun dah cuba amalkan perkara di atas, mungkin anda boleh cuba untuk tukar pengasuh, tukar tadika atau persekitaran anak yang mungkin menyebabkan anak anda mudah jatuh sakit.

Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk mana-mana produk yang saya sebutkan di atas.

Nature at its best!

Mardiana Ahamad Zabidi