Thursday 11 October 2018

Nourishing Body Butter by MRAZ - Malaysian Natural Skin Care

I did a lot of research on natural products and their ingredients.

Saya study setiap satu ingredient yang ada di dalam produk serta khasiat dan keberkesanan bahan tersebut kepada pengguna. Saya belajar bagaimana untuk menghasilkan produk dengan cara yang terbaik, teknik yang berkesan dan yang paling penting, menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terbaik. Saya perlu pastikan produk saya ini selamat dan berkesan untuk digunakan terutamanya kepada anak saya yang masih kecil, dan pada masa yang sama, saya juga dapat menggunakannya.

Oh, rupa-rupanya bahan-bahan untuk penghasilan produk natural adalah mahal kerana bioactive compound yang terkandung di dalam bahan tersebut adalah pure dan diimport dari luar negara. Malah, jika bahan tersebut dilabel sebagai 'organic' adalah jauh lebih mahal. Maka, tidak hairan kebanyakan produk dengan jenama besar di luar juga menggunakan satu atau dua bahan sahaja yang diiktiraf sebagai organik. Selebihnya, jika syarikat tersebut claim their product to be as natural products, maka majoriti ingredients di dalam produk mereka sememangnya berasaskan bahan-bahan semulajadi.


Nourishing Body Butter adalah produk yang dihasilkan dari 100% bahan semula jadi serta terdapat juga ingredient yang diiktiraf sebagai organik. Kesemua ingredient yang ada di dalam produk ini adalah sangat-sangat bermanfaat untuk kulit merangkumi bagi yang mempunyai masalah kulit kering, eczema, kegatalan kulit ketika berpeluh atau terlampau kering, insect repellent, masalah jerawat, masalah garis-garis halus dan sebagainya.

Nourishing Body Butter adalah bebas dari paraben, SLS, mineral oil serta bahan pengawet.

Meskipun nama produk ini adalah Body Butter, tetapi ia juga sesuai untuk digunakan pada kulit muka. Produk ini tidak akan menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak, sebaliknya ia akan mengawal sebum kerana mengandungi jojoba oil serta membantu penghidratan kulit dan melembapkan kulit.

Avocado oil dan organic patchouli  yang terdapat di dalam produk ini membantu mengurangkan kesan kegatalan kulit jika anda mempunyai masalah eczema atau psoriasis serta bertindak sebagai 'skin barrier' daripada kehilangan lembapan di kulit. Tidak perlu risau masalah liang pori tersumbat kerana produk ini tidak mengandungi mineral oil yang merupakan punca utama masalah liang pori tersumbat.

Your skin will definitely thank you for using this product!

Hubungi kami (WA) di 012-6571901 untuk pembelian.

Mardiana Ahamad Zabidi
Founder of MRAZ - Malaysian Natural Skin Care


My own natural product skin care - all natural ingredients!

I have always dreaming to have my own skin care products - using all natural ingredients!

Saya memang berminat dengan produk-produk untuk menjaga kesihatan kulit dan dalaman badan sejak dari sekolah menengah. Alhamdulillah saya jarang-jarang mengalami masalah kulit dan kesihatan saya juga dalam keadaan baik setakat ini.

Tetapi, apabila umur semakin meningkat, saya semakin mengambil perhatian kepada ingredients yang terdapat di dalam setiap produk yang saya gunakan. Wah! Terlalu banyak bahan-bahan kimia seperti pengawet, alkohol yang digunakan di dalam satu produk. Jadi, bayangkan jika kita menggunakan 3 produk (minima) sehari, sudah berapa banyak bahan kimia yang meresap masuk ke dalam badan kita melalui liang-liang roma pada permukaan kulit kita?

Apabila saya dikurniakan anak, saya dapati anak saya mempunyai masalah kulit kering dan alahan kepada habuk, peluh serta makanan yang boleh trigger masalah 'eczema'. Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, sedaya upaya saya cuba untuk menggunakan produk yang berasaskan bahan semulajadi kepada anak saya meskipun produk tersebut agak mahal dan merupakan produk import dari Australia.

Tetapi, produk tersebut kurang berkesan untuk mengurangkan masalah kulit kering serta kegatalan pada permukaan kulit anak saya. Kasihan juga apabila melihat anak saya menggaru-garu kulit disebabkan masalah kulitnya.

Jadi, saya mula melakukan pembacaan dan pengunaan produk penjagaan kulit yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi. Ternyata ianya lebih berkesan untuk melembapkan kulit kami sekeluarga, dan yang paling penting, tiada bahan kimia berbahaya yang mungkin memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang. Cuma yang menjadi kekangan kepada saya ialah harga jualan produk-produk ini terlalu mahal untuk saya.

Jadi, penyelesaiannya, saya study bahan-bahan yang terkandung di dalam produk yang saya gunakan dan saya cuba untuk hasilkan sendiri untuk kegunaan saya dahulu. Dan, alhamdulillah, sekarang saya sendiri telah membuat produk penjagaan kulit berasaskan bahan-bahan semulajadi untuk kegunaan kami sekeluarga.




Untuk permulaan, Nourishing Body Butter adalah produk pertama saya yang memang diformulakan khusus untuk anak saya yang mengalami masalah kulit kering, sensitif, kegatalan kulit terutamanya ketika berpeluh.

So, here I am, dreaming to share the benefits of my all natural products with the others at a very affordable price. Itu adalah harapan saya.

Masih terlalu banyak yang saya perlu pelajari di dalam bidang penghasilan produk dari bahan semulajadi. Memang ada cabarannya, tetapi saya perlu cuba supaya lebih ramai mendapat kebaikan dari penggunaan produk ini.

Di dalam blog saya yang seterusnya, saya akan kongsikan khasiat bahan-bahan yang saya gunakan di dalam produk ini untuk kulit kita. InsyaAllah produk ini sangat sesuai untuk kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Untuk pembelian, boleh hubungi saya (WA) 0126571901

Mardiana Ahamad Zabidi
Founder of MRAZ - Malaysian Natural Skin Care