Thursday 19 January 2017

Anak sering sakit?

Adakah anak anda sering sakit?

Bagi mana-mana ibu atau bapa, apabila anak kita sakit, kita akan turut merasa kesakitan anak dan emosi akan jadi 'down'. Selagi boleh, mana saja doktor pakar yang dicadangkan oleh rakan-rakan, saudara-mara, pegawai kesihatan, waima di dalam blog sekali pun, kita akan cuba ikhtiar untuk membawa anak berubat dengan doktor pakar tersebut.

Ikhtiar supaya anak itu sihat seperti biasa.

Pada ketika itu, baru kita akan menghargai kesihatan serta keletah anak ketika anak sihat.

'Health is wealth', definitely.

Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya dan anak saya dari segi kesihatan. Bukan bermaksud kami tidak sakit langsung. Tetap sakit jika itu rezeki kami. Tetapi tidak sekerap orang lain atau anak-anak orang lain.

Anak saya biasa juga dengan penyakit yang 'common' pada kanak-kanak seperti demam panas, batuk berkahak, selesema. Ada juga dua atau tiga kali muntah disebabkan tersalah makan.

Anak saya pernah juga dijangkiti HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) serta 'chickenpox'. Tetapi dalam masa 2 - 3 hari, anak saya kembali aktif seperti biasa.

Penyakit yang sering kali berulang adalah batuk berkahak dan selesema. Ada ketika dah sembuh dari penyakit-penyakit tersebut, tapi mungkin disebabkan kelalaian pihak lain, penyakit tersebut berulang.

Semua tu adalah penyakit yang biasa pada kanak-kanak pada umur 5 tahun dan ke bawah. Cuma yang membezakan adalah kekerapan anak untuk jatuh sakit.

Tetapi, anak saya hanya pernah dimasukkan sekali sahaja ke dalam wad hospital swasta akibat demam panas yang agak tinggi dan doktor Zaqrul nasihatkan untuk 'continuous monitoring' di hospital. Doktor Zaqrul ni sangat baik, mesra dan beliau adalah salah seorang jiran kami pada ketika itu.

Apabila saya lihat rakan-rakan sekerja yang terpaksa kerap mengambil cuti kecemasan disebabkan anak tidak sihat dan dimasukkan ke wad hospital, saya berasa simpati kerana saya faham perasaan seorang ibu yang berkorban menjaga anak sepenuh masa dalam keadaan yang tidak selesa serta meninggalkan semua kerja rumah dan kerja pejabat untuk menumpukan perhatian kepada anak.

Doa kepada Allah supaya anak itu sembuh serta sihat seperti biasa.

Saya bukanlah mempunyai pengalaman yang banyak dalam penjagaan anak. Anak saya pun hanya seorang. Itulah nyawa saya.

Dari segi penjagaan anak kecil, saya kerap minta nasihat dari ibu bapa saya. Mereka memang mempunyai pengalaman yang sangat luas menjaga 6 orang anak yang hanya berbeza setahun setiap seorang.

Ada nasihat yang memang saya amalkan, ada yang saya tak buat.. biasa la, orang muda, ada degilnya juga.

Selain itu, saya banyakkan bacaan berkaitan penjagaan anak terutamanya dari luar negara kerana ramai pakar kanak-kanak dan individu di sana berkongsi kaedah untuk mengubati sesuatu penyakit.

Kalau nak berkongsi nasihat, saya hanya ada satu nasihat saja.

Kuatkan antibodi anak.

Cara yang saya amalkan untuk meningkatkan antibodi anak saya semasa kecil sehingga sekarang:

1. Lewatkan pengambilan makanan pejal ('solid food') kepada 8 bulan ke atas

Biasa yang saya baca, apabila anak mencecah umur 6 bulan, maka berebut-rebutlah si ibu untuk menyediakan makanan pejal ('solid food') untuk dimakan oleh anak kecil. Rata-rata yang saya baca, the mothers are very excited to start with solid food to their babies.

Hanya ada sekali dua saya terbaca nasihat dari doktor untuk melewatkan permulaan pengambilan makanan pejal kepada anak kecil ini. Dan saya pilih nasihat dari ibu saya, untuk melewatkan pengambilan 'solid food' kepada anak saya. Saya hanya mula memberi sedikit demi sedikit 'solid food' kepada anak saya apabila umurnya 8 bulan ke atas.

Walau bagaimanapun pengasuh anak saya mula memberi makanan pejal pada anak saya ketika umur 6 bulan, and I was totally disagree with her and asked her to not to give my son solid food at the age of 6 months. Ada pertembungan pemahaman di situ, tetapi saya tetap tegaskan untuk tidak memberi anak saya 'solid food' pada umurnya 6 bulan.

Apabila anak saya mencecah setahun, barulah saya mula memberi secara rutin 'solid food' kepadanya.

Kenapa?

Pada umur 6 bulan, sistem penghadaman anak baru saja mula untuk matang untuk memproses makanan kompleks. Apabila kita bebankan sistem penghadaman anak kecil, ianya akan mempengaruhi keseluruhan sistem dalaman anak. Pada saya, biarlah sistem penghadaman anak betul-betul bersedia untuk menghadam makanan kompleks kerana selepas itu, anak itu akan makan semua makanan yang boleh dimakan sehingga ke hujung nyawa.

Tak bolehkah kita bersabar untuk 8 bulan atau setahun?

2. Pemilihan susu yang betul

Jika anak anda mula menyusu dengan susu formula, saya sangat-sangat sarankan untuk pilih susu formula yang terbaik untuk anak anda.

Pada umur anak saya setahun 8 bulan, saya terpaksa memulakan susu formula kepada anak saya kerana susu badan tidak cukup dengan keperluan anak saya. Saya pilih susu EnfaGrow A+.

Saya memilih susu EnfaGrow dari Step 1 sehingga sekarang (Step 4) kerana anak saya sejak kecil telah didiagnos dengan eczema serta alahan kepada beberapa jenis makanan. Jadi, saya perlu pastikan anak saya tiada alahan pada susu formula dan mampu untuk memberi nutrien terbaik untuk anak saya.


Saya tidak mempunyai kapasiti untuk mencuba susu formula dari jenama yang lain. Memandangkan anak saya memang serasi dengan susu EnfaGrow A+ sejak kecil hingga sekarang, I'm a happy mom. Don't make your life difficult by trying different brands of formulated milk.

3. Pengambilan madu asli

Atas nasihat bapa saya, saya amalkan pemberian madu asli yang dicairkan dengan air kepada anak saya. Pada ketika itu, saya hampir 'give-up' apabila anak saya seringkali dijangkiti selesema. Hati seorang ibu memang berat untuk terlalu bergantung harap pada ubat-ubatan yang diberi oleh doktor. Jadi, sekiranya berkesempatan, saya akan masukkan satu sudu kecil madu asli ke dalam air suam untuk diminum oleh anak saya. Ketika anak saya dijangkiti selesema pun, sekurang-kurangnya sekali sehari saya akan campurkan madu asli ke dalam air suam untuk anak saya minum.

Ubat yang diberi oleh doktor juga wajib diberi kepada anak kerana itu juga adalah usaha kita untuk membantu anak kembali sihat.

Madu bagus untuk meningkatkan antibodi badan anak kita bagi melawan penyakit.



4. Pengambilan makanan tambahan

Ok, point yang ini terpulang kepada pilihan ibu bapa masing-masing. Saya pilih untuk memberi Mealshakes dari Shaklee kepada anak saya pada umur beliau sekitar 3 tahun ke atas. Saya hanya beri satu sudu kecil Mealshakes, sehari sekali yang dicampur dengan susu anak saya. Kemudian, saya berhenti untuk beri Mealshakes kepada anak atas sebab yang terlalu peribadi.

Tahun lepas, saya mula 'survey' di Farmasi Alpro Senawang untuk probiotik yang mesra kanak-kanak.

Ada probiotik yang tak mesra ke? Hahaaa..

Probiotik ni banyak terdapat secara semulajadi di dalam makanan kita. Ada juga minuman yang dikulturkan dengan probiotik ini untuk kebaikan sistem penghadaman kita contohnya Yakult, Vitagen, yoghurt drink, yoghurt dan sebagainya. Tetapi, minuman berkultur ni hampir kesemuanya adalah manis. Jika ditulis 'sugar-free' pada pembungkusannya sekalipun, tetap akan ditambah dengan pemanis sintetik. Jadi saya tidak benarkan anak saya untuk kerap mengambil produk-produk yang terlalu manis untuk kesihatan badan dan kesihatan mulutnya.

Alternatif saya adalah untuk memberi probiotik yang mudah untuk diambil oleh anak kecil. Kidsbiotics adalah salah satu jenama yang caught my eyes. Mungkin sebab gambar pada kotak 'packaging' tu comel kot.



Di dalam kotak Kidsbiotics ni ada 30 sachet 'white powder' yang mengandungi probiotics dan boleh dicampur dengan air suam, air minuman atau susu kerana ia adalah 'tasteless'. Kebiasaannya saya campur satu sachet dengan susu anak saya untuk diminum sebelum tidur ataupun pagi selepas dia bangun dari tidur.

Saya rasakan itu adalah waktu terbaik kerana sistem badan berada dalam keadaan rehat dan penyerapan nutrien adalah optimum pada ketika itu.

Tapi, saya tak beri Kidsbiotics ni setiap hari. Selang sehari, atau bila teringat. Nak buat macam mana, ibu bekerjaya, banyak urusan rumah dan pejabat yang perlu diselesaikan.


Setakat ni, itu sahaja yang saya ingat dalam penjagaan anak saya supaya dia tidak mudah jatuh sakit. Jika anak anda kerap sakit walau pun dah cuba amalkan perkara di atas, mungkin anda boleh cuba untuk tukar pengasuh, tukar tadika atau persekitaran anak yang mungkin menyebabkan anak anda mudah jatuh sakit.

Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk mana-mana produk yang saya sebutkan di atas.

Nature at its best!

Mardiana Ahamad Zabidi