Tuesday 27 December 2016

Bagaimana menghadapi ujian hidup?

Sedar tak sedar, tahun 2016 hampir sampai ke penghujungnya. Tirai 2017 bakal dibuka.
Cukupkah pencapaian kita pada 2016? Tercapaikah target yang kita mahukan pada awal tahun 2016?
Bagaimana pula dengan dugaan yang akan kita hadapi untuk tahun 2017? Apakah akan beroleh kesenangan atau kepayahan?
Banyak soalan yang kita sendiri tak dapat nak jawab apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kadang-kadang dugaan hidup datang bertubi-tubi, hinggakan satu ketika kita rasa sudah tiada daya dan upaya untuk bangun mempertahankan diri.
Dugaan hidup tidak akan pernah berhenti selagi kita bernyawa di atas dunia. Saya pernah mempersoalkan mengapa ujian yang aku terima non-stop walhal orang lain di sekeliling saya menjalani hidup mereka dengan mudah dan senang.
Memang saya berani untuk bercakap atau menulis tentang ujian hidup kerana saya pernah diuji ke satu tahap hingga saya rasa lost dan terfikir bagaimana nak memulakan semula hidup saya.
Trust me. Mengadu nasib kepada manusia atau lebih teruk, di media sosial tidak akan membantu walau sekelumit pun. Tiada siapa yang dapat mengangkat ujian dan dugaan hidup kita selain dari Allah. Cubalah berlari hingga ke hujung dunia sekalipun, ujian dan dugaan itu tetap akan mengikut kita.
Jadi, bagaimana kita nak menghadapi ujian hidup yang datang bertalu-talu tanpa belas ihsan?
1. Check ibadat solat kita.
Itu yang paling penting. Cukupkah solat 5 waktu setiap hari? Jika cukup, bagaimana agaknya kualiti solat kita di sisi Allah?
Kalau tak cukup, doa kepada Allah untuk bantu kita cukupkan solat 5 waktu setiap hari.
2. Mengadu kepada Allah.
Mengadu kepada Allah tentang situasi yang kita sedang lalui pada waktu itu. Berdoa. Doa is so powerful. Doa dengan seikhlasnya. Doa diberi kekuatan untuk menghadapi ujian. Mohon kepada Allah untuk angkat bebanan ujian dan dugaan dari bahu kita. Setiap masa berdoa. Doa di dalam hati jika ada rasa segan nak luahkan di mulut.
Eh, tapi kenapa nak segan berdoa dengan Allah?
Memang ada ketika kita sendiri rasa malu untuk meminta kepada Allah sebab terfikir, layakkah aku untuk meminta kepada Allah?
Jawapan bocor. Layak. Minta kepada Allah. Minta yang terbaik untuk diri kita dan orang-orang di sekeliling kita. Be specific apa yang kita nak minta.
Tapi, jangan doakan keburukan orang lain. Contohnya kita dianiaya atau dihina. Tak guna untuk kita berdoa keburukan atau kemusnahan orang lain seolahnya kita nak membalas dendam kepda orang yang menghina atau menganiaya diri kita. Just leave them alone with their words.
Kita doakan Allah beri yang terbaik untuk diri kita dan ahli keluarga kita. Minta kepada Allah untuk bantu perancangan hidup kita supaya kita sentiasa dapat yang terbaik dalam hidup kita.
3. Bersabar.
Sabar.
Cakap senanglah. Cuba kalau kau yang kena?
Memang itu adalah nasihat paling common yang kita akan dengar dari sesiapa pun. Tapi, memang sabar menghadapi ujian hidup akan memberi satu hadiah yang kita tak pernah terfikir untuk kita perolehi.
Sabar itu ada syaratnya.
Sabar dengan ujian hidup bukan bermaksud kita biar sahaja tanpa ada sebarang usaha.
Sabar itu mesti seiring dengan tindakan kita untuk memperbaiki kualiti diri. Kualiti dari segi solat, hubungan dengan ibu bapa dan anak-anak, cara kita berusaha untuk mencari rezeki, hubungan kita dengan rakan sekerja dan teman yang rapat.
4. DREAM BIG.
Yes. Kita mesti mempunyai impian yang besar. Walaupun pada ketika itu kita sedang diuji dengan ujian yang berat untuk ditanggung, jangan mengalah dengan impian kita.
Bila kita mempunyai impian, kita mesti berusaha ke arah impian itu. Kita mesti berusaha untuk menjadi yang lebih baik berbanding sebelum atau semasa kita menghadapi ujian dan dugaan hidup.
Set target untuk impian kita satu per satu. Minta bantuan dari orang sekeliling kita untuk kita memajukan diri. Jika ada impian yang tak dapat dicapai, jangan cepat rasa kecewa sebab impian itu bukan yang terbaik untuk kita.
5. Go travel.
Jauh berjalan, luas pandangan.
Bila kita travel ke tempat baru sama ada dalam negara atau luar negara, kita akan lihat masalah atau ujian yang kita hadapi dari perspektif yang berbeza.
Emosi kita akan menjadi lebih stabil, kita akan menjadi lebih gembira dengan kehidupan kita. Pengalaman travel ke negara luar akan menjadikan kita lebih matang untuk menyelesaikan satu-satu masalah dan ujian hidup yang kita sedang hadapi.
Jangan takut untuk travel ke luar negara. Minta kepada Allah untuk mudahkan urusan kita untuk melihat ciptaan-Nya supaya kita kembali rasa bersyukur untuk hidup kita sekarang.
 Asakusa, Tokyo, Jepun


Jungfraujoch, Zurich, Switzerland

6. Cuba perkara baru.
Tips yang paling last adalah untuk mencuba sesuatu yang baru yang mendatangkan manfaat pada kehidupan kita.
Apabila kita diuji, jiwa kita sedang berada pada satu tahap yang rendah. Dan ujian atau dugaan hidup ini akan menjadi satu push-factor untuk kita meningkatkan diri kita.
Pada ketika ini adalah masa yang terbaik untuk kita cuba perkara yang di luar kebiasaan kita. Contohnya, cuba makanan yang baru, lakukan aktiviti yang kita tak pernah lakukan sebelum ini seperti mendaki gunung atau scuba-diving, meningkatkan imej dan ketrampilan diri.
Perkara-perkara ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan diri kita sendiri dan membantu untuk kita menyelesaikan permasalahan yang kita sedang hadapi pada waktu ini.


No comments:

Post a Comment

Hi! Please put up your name and contact details (if required). Thank you for giving positive feedback!