Thursday 11 October 2018

Nourishing Body Butter by MRAZ - Malaysian Natural Skin Care

I did a lot of research on natural products and their ingredients.

Saya study setiap satu ingredient yang ada di dalam produk serta khasiat dan keberkesanan bahan tersebut kepada pengguna. Saya belajar bagaimana untuk menghasilkan produk dengan cara yang terbaik, teknik yang berkesan dan yang paling penting, menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terbaik. Saya perlu pastikan produk saya ini selamat dan berkesan untuk digunakan terutamanya kepada anak saya yang masih kecil, dan pada masa yang sama, saya juga dapat menggunakannya.

Oh, rupa-rupanya bahan-bahan untuk penghasilan produk natural adalah mahal kerana bioactive compound yang terkandung di dalam bahan tersebut adalah pure dan diimport dari luar negara. Malah, jika bahan tersebut dilabel sebagai 'organic' adalah jauh lebih mahal. Maka, tidak hairan kebanyakan produk dengan jenama besar di luar juga menggunakan satu atau dua bahan sahaja yang diiktiraf sebagai organik. Selebihnya, jika syarikat tersebut claim their product to be as natural products, maka majoriti ingredients di dalam produk mereka sememangnya berasaskan bahan-bahan semulajadi.


Nourishing Body Butter adalah produk yang dihasilkan dari 100% bahan semula jadi serta terdapat juga ingredient yang diiktiraf sebagai organik. Kesemua ingredient yang ada di dalam produk ini adalah sangat-sangat bermanfaat untuk kulit merangkumi bagi yang mempunyai masalah kulit kering, eczema, kegatalan kulit ketika berpeluh atau terlampau kering, insect repellent, masalah jerawat, masalah garis-garis halus dan sebagainya.

Nourishing Body Butter adalah bebas dari paraben, SLS, mineral oil serta bahan pengawet.

Meskipun nama produk ini adalah Body Butter, tetapi ia juga sesuai untuk digunakan pada kulit muka. Produk ini tidak akan menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak, sebaliknya ia akan mengawal sebum kerana mengandungi jojoba oil serta membantu penghidratan kulit dan melembapkan kulit.

Avocado oil dan organic patchouli  yang terdapat di dalam produk ini membantu mengurangkan kesan kegatalan kulit jika anda mempunyai masalah eczema atau psoriasis serta bertindak sebagai 'skin barrier' daripada kehilangan lembapan di kulit. Tidak perlu risau masalah liang pori tersumbat kerana produk ini tidak mengandungi mineral oil yang merupakan punca utama masalah liang pori tersumbat.

Your skin will definitely thank you for using this product!

Hubungi kami (WA) di 012-6571901 untuk pembelian.

Mardiana Ahamad Zabidi
Founder of MRAZ - Malaysian Natural Skin Care


My own natural product skin care - all natural ingredients!

I have always dreaming to have my own skin care products - using all natural ingredients!

Saya memang berminat dengan produk-produk untuk menjaga kesihatan kulit dan dalaman badan sejak dari sekolah menengah. Alhamdulillah saya jarang-jarang mengalami masalah kulit dan kesihatan saya juga dalam keadaan baik setakat ini.

Tetapi, apabila umur semakin meningkat, saya semakin mengambil perhatian kepada ingredients yang terdapat di dalam setiap produk yang saya gunakan. Wah! Terlalu banyak bahan-bahan kimia seperti pengawet, alkohol yang digunakan di dalam satu produk. Jadi, bayangkan jika kita menggunakan 3 produk (minima) sehari, sudah berapa banyak bahan kimia yang meresap masuk ke dalam badan kita melalui liang-liang roma pada permukaan kulit kita?

Apabila saya dikurniakan anak, saya dapati anak saya mempunyai masalah kulit kering dan alahan kepada habuk, peluh serta makanan yang boleh trigger masalah 'eczema'. Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, sedaya upaya saya cuba untuk menggunakan produk yang berasaskan bahan semulajadi kepada anak saya meskipun produk tersebut agak mahal dan merupakan produk import dari Australia.

Tetapi, produk tersebut kurang berkesan untuk mengurangkan masalah kulit kering serta kegatalan pada permukaan kulit anak saya. Kasihan juga apabila melihat anak saya menggaru-garu kulit disebabkan masalah kulitnya.

Jadi, saya mula melakukan pembacaan dan pengunaan produk penjagaan kulit yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi. Ternyata ianya lebih berkesan untuk melembapkan kulit kami sekeluarga, dan yang paling penting, tiada bahan kimia berbahaya yang mungkin memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang. Cuma yang menjadi kekangan kepada saya ialah harga jualan produk-produk ini terlalu mahal untuk saya.

Jadi, penyelesaiannya, saya study bahan-bahan yang terkandung di dalam produk yang saya gunakan dan saya cuba untuk hasilkan sendiri untuk kegunaan saya dahulu. Dan, alhamdulillah, sekarang saya sendiri telah membuat produk penjagaan kulit berasaskan bahan-bahan semulajadi untuk kegunaan kami sekeluarga.




Untuk permulaan, Nourishing Body Butter adalah produk pertama saya yang memang diformulakan khusus untuk anak saya yang mengalami masalah kulit kering, sensitif, kegatalan kulit terutamanya ketika berpeluh.

So, here I am, dreaming to share the benefits of my all natural products with the others at a very affordable price. Itu adalah harapan saya.

Masih terlalu banyak yang saya perlu pelajari di dalam bidang penghasilan produk dari bahan semulajadi. Memang ada cabarannya, tetapi saya perlu cuba supaya lebih ramai mendapat kebaikan dari penggunaan produk ini.

Di dalam blog saya yang seterusnya, saya akan kongsikan khasiat bahan-bahan yang saya gunakan di dalam produk ini untuk kulit kita. InsyaAllah produk ini sangat sesuai untuk kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Untuk pembelian, boleh hubungi saya (WA) 0126571901

Mardiana Ahamad Zabidi
Founder of MRAZ - Malaysian Natural Skin Care

Monday 25 September 2017

Masalah ketiak hitam serta bau badan kurang menyenangkan

Isu ini memang kurang dibincangkan secara terbuka kerana perasaan malu. 

Terdapat pelbagai lambakan produk di pasaran yang menawarkan solusi kepada masalah ini, dengan pelbagai janji kononnya produk mereka efektif untuk menyelesaikan masalah.

Mungkin ada produk yang berkesan kepada segelintir individu, tetapi kebanyakannya tidak berjaya menyelesaikan masalah kulit gelap di bahagian bawah lengan serta bau badan yang tidak menyenangkan.

Pernah tak anda berselisih dengan individu yang mempunyai bau badan yang tengik?

Apa reaksi anda? Adakah anda mampu bernafas seperti biasa sambil tersenyum? 

Atau anda terpaksa menahan nafas dan cuba mencari udara segar di tempat lain? Hahahaa.. saya pun pernah mengalaminya.

Mungkin individu itu tidak sedar yang bau badannya menyebabkan pencemaran bau pada saluran pernafasan anda, atau mungkin dia tidak mengambil berat pun tentang bau badannya.

Ada beberapa faktor kenapa kulit ketiak menjadi gelap serta badan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan:

1. Mencukur bulu di bahagian ketiak

Apabila kita mencukur bulu di bahagian ketiak, terdapat selapisan nipis kulit yang turut dicukur bersama dengan bulu tersebut. Mencukur bulu sebenarnya hanya membuang bulu di bahagian permukaan kulit sahaja. Selepas itu, bulu tersebut akan memanjang semula dan anda mengulangi rutin mencukur. Kesan cukuran itu menyebabkan rengsaan pada kulit serta sel-sel kulit mati yang berkumpul di bahagian tersebut. Pengumpulan sel-sel kulit mati ini akan menyebabkan kulit di bahagian ketiak menjadi semakin hitam.

Alternatif kepada mencukur adalah dengan menggunakan waxing atau cabutan bulu sehingga ke bahagian folikel. Kaedah ini mengurangkan kesan penghitaman di bahagian bawah kulit serta menjarakkan tempoh pemanjangan bulu di bahagian ketiak.

2. Penggunaan deodorant dan antiperspirants

Tidak dinafikan, penggunaan deodorant dan antiperspirant mampu mengawal bau badan serta rembesan peluh. Walau bagaimanapun, kebanyakan deodorant dan antiperspirant yang terdapat di pasaran dibuat dari bahan-bahan kimia yang memberi kesan negatif kepada kulit. 

Antiperspirant adalah kurang digalakkan penggunaanya kerana ia merencat rembesan peluh, menyebabkan sistem normal rembesan peluh di dalam badan terganggu.

Penggunaan produk deodorant dan antiperspirant yang tinggi dengan kandungan bahan kimia berbahaya menyebabkan kulit menjadi semakin gelap.

Alternatif yang lebih baik untuk mencerah kulit ketiak dan menghilangkan bau badan adalah menggunakan produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan mengandungi serbuk arrowroot serta baking soda seperti yang terdapat di dalam Refreshing Deodorant dari Freshpicks.

Kedua-dua bahan serbuk arrowroot dan baking soda mampu menghilangkan kesan bahan kimia berbahaya yang terkumpul di permukaan kulit ketiak.

Perbandingan ingredien di antara deodorant yang terdapat di pasaran dan Refreshing Deodorant dari Freshpicks.


3. Geseran akibat pemakain baju yang terlalu ketat

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, pemakaian baju yang terlalu ketat terutamaya di bahagian bahu dan lengan menyumbang kepada geseran yang tinggi kepada kulit dan mengakibatkan penghitaman pada bahagian kulit ketiak.

Seeloknya pakai pakaian yang longgar dan material yang lembut di bahagian badan yang sensitif seperti di bahagian ketiak dan paha untuk mengurangkan kesan penghitaman kulit. Sekiranya anda baru sahaja mencabut bulu, pakai pakaian yang longgar kerana pada ketika itu kulit anda adalah lebih sensitif.

4. Ketidakstabilan hormon dan infeksi bakteria

Kadang kala ketidakstabilan hormon di dalam badan juga menyumbang kepda masalah penghitaman kulit terutamanya di bahagian ketiak, tengkuk, kemaluan dan bahagian pelipatan. Ketidakstabilan hormon ini dipanggil sebagai Acanthosis nigricans. Situasi ini disebabkan oleh masalah obesiti, diabetes atau pengeluaran hormon yang tidak normal di dalam badan.

Seeloknya, consult dengan doktor jika anda mengalami keadaan ini.

Berpeluh dengan banyak juga adalah faktor untuk bakteria membiak di kawasan pelipat kulit terutamanya di bahagian ketiak yang menyebabkan masalah bau badan yang tidak menyenangkan. 

Pakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh, kerap tukar baju dan seluar yang bersih, serta mandi dengan sabun antibakteria untuk mengurangkan masalah bau badan akibat berpeluh. Boleh juga menggunakan sabun Marvell dari Freshpicks yang memang berkesan untuk melembapkan kulit serta menghilangkan masalah bau badan. Selain itu, disarankan untuk menggunakan deodorant dari Freshpicks yang mengandungi essential oils, kaolin clay serta serbuk arrowroot untuk mengawal bau badan.



5. Menghisap rokok (Smoker's Melanosis)

Smokers Melanosis adalah keadaan hyperpigmentation di mana kulit menjadi gelap dan terdapat tompokan gelap pada kulit ketiak disebabkan oleh tembakau di dalam rokok tersebut. Selagi mana individu itu merokok, tompokan hitam akan menjadi semakin sukar untuk hilang serta bau badan yang tidak menyenangkan.

Kaedah paling berkesan adalah dengan berhenti merokok serta menggunakan deodorant dari Freshpicks untuk menyelesaikan masalah anda.

6. Makanan pedas dan berempah

Sekiranya anda adalah individu yang gemar memakan makanan pedas dan berempah seperti kari dan bawang putih, kebarangkalian untuk badan anda mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan adalah sangat tinggi.

Ada juga pendapat yang mengatakan individu yang memakan banyak makanan berunsur daging merah seperti daging lembu, turut meningkatkan risiko masalah bau badan.

Alternatif untuk permasalahan ini adalah untuk cuba mengurangkan kekerapan memakan makanan yang terlalu pedas dan berempah serta menggunakan deodorant dari Freshpicks untuk masalah bau badan ini.



Refreshing deodorant dari Freshpicks dibuat daripada bahan-bahan semulajadi yang mesra dengan kulit, mampu mencerahkan kulit ketiak dan bahagian pelipat kulit serta menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan. Deodorant ini tidak merengsa kulit serta sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita di semua peringkat umur.

Saya telah menggunakan deodorant dari Freshpicks ini sejak ia mula dilancarkan dan Alhamdulillah, ternyata kulit di bahagian bawah lengan semakin cerah serta tiada bau badan yang tidak menyenangkan. Saya pun semakin yakin dengan penampilan saya meskipun melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Minyak kelapa dara dan wax lebah yang diguanakan di dalam produk ini bertindak untuk melembapkan kulit. Manakala kaolin clay membantu untuk mencerahkan kulit ketiak secara semulajadi.


Dapatkan produk Freshpicks anda daripada saya.

Diana Ahmad
Premium Dealer Freshpicks
012-6571901

Thursday 19 January 2017

Anak sering sakit?

Adakah anak anda sering sakit?

Bagi mana-mana ibu atau bapa, apabila anak kita sakit, kita akan turut merasa kesakitan anak dan emosi akan jadi 'down'. Selagi boleh, mana saja doktor pakar yang dicadangkan oleh rakan-rakan, saudara-mara, pegawai kesihatan, waima di dalam blog sekali pun, kita akan cuba ikhtiar untuk membawa anak berubat dengan doktor pakar tersebut.

Ikhtiar supaya anak itu sihat seperti biasa.

Pada ketika itu, baru kita akan menghargai kesihatan serta keletah anak ketika anak sihat.

'Health is wealth', definitely.

Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya dan anak saya dari segi kesihatan. Bukan bermaksud kami tidak sakit langsung. Tetap sakit jika itu rezeki kami. Tetapi tidak sekerap orang lain atau anak-anak orang lain.

Anak saya biasa juga dengan penyakit yang 'common' pada kanak-kanak seperti demam panas, batuk berkahak, selesema. Ada juga dua atau tiga kali muntah disebabkan tersalah makan.

Anak saya pernah juga dijangkiti HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) serta 'chickenpox'. Tetapi dalam masa 2 - 3 hari, anak saya kembali aktif seperti biasa.

Penyakit yang sering kali berulang adalah batuk berkahak dan selesema. Ada ketika dah sembuh dari penyakit-penyakit tersebut, tapi mungkin disebabkan kelalaian pihak lain, penyakit tersebut berulang.

Semua tu adalah penyakit yang biasa pada kanak-kanak pada umur 5 tahun dan ke bawah. Cuma yang membezakan adalah kekerapan anak untuk jatuh sakit.

Tetapi, anak saya hanya pernah dimasukkan sekali sahaja ke dalam wad hospital swasta akibat demam panas yang agak tinggi dan doktor Zaqrul nasihatkan untuk 'continuous monitoring' di hospital. Doktor Zaqrul ni sangat baik, mesra dan beliau adalah salah seorang jiran kami pada ketika itu.

Apabila saya lihat rakan-rakan sekerja yang terpaksa kerap mengambil cuti kecemasan disebabkan anak tidak sihat dan dimasukkan ke wad hospital, saya berasa simpati kerana saya faham perasaan seorang ibu yang berkorban menjaga anak sepenuh masa dalam keadaan yang tidak selesa serta meninggalkan semua kerja rumah dan kerja pejabat untuk menumpukan perhatian kepada anak.

Doa kepada Allah supaya anak itu sembuh serta sihat seperti biasa.

Saya bukanlah mempunyai pengalaman yang banyak dalam penjagaan anak. Anak saya pun hanya seorang. Itulah nyawa saya.

Dari segi penjagaan anak kecil, saya kerap minta nasihat dari ibu bapa saya. Mereka memang mempunyai pengalaman yang sangat luas menjaga 6 orang anak yang hanya berbeza setahun setiap seorang.

Ada nasihat yang memang saya amalkan, ada yang saya tak buat.. biasa la, orang muda, ada degilnya juga.

Selain itu, saya banyakkan bacaan berkaitan penjagaan anak terutamanya dari luar negara kerana ramai pakar kanak-kanak dan individu di sana berkongsi kaedah untuk mengubati sesuatu penyakit.

Kalau nak berkongsi nasihat, saya hanya ada satu nasihat saja.

Kuatkan antibodi anak.

Cara yang saya amalkan untuk meningkatkan antibodi anak saya semasa kecil sehingga sekarang:

1. Lewatkan pengambilan makanan pejal ('solid food') kepada 8 bulan ke atas

Biasa yang saya baca, apabila anak mencecah umur 6 bulan, maka berebut-rebutlah si ibu untuk menyediakan makanan pejal ('solid food') untuk dimakan oleh anak kecil. Rata-rata yang saya baca, the mothers are very excited to start with solid food to their babies.

Hanya ada sekali dua saya terbaca nasihat dari doktor untuk melewatkan permulaan pengambilan makanan pejal kepada anak kecil ini. Dan saya pilih nasihat dari ibu saya, untuk melewatkan pengambilan 'solid food' kepada anak saya. Saya hanya mula memberi sedikit demi sedikit 'solid food' kepada anak saya apabila umurnya 8 bulan ke atas.

Walau bagaimanapun pengasuh anak saya mula memberi makanan pejal pada anak saya ketika umur 6 bulan, and I was totally disagree with her and asked her to not to give my son solid food at the age of 6 months. Ada pertembungan pemahaman di situ, tetapi saya tetap tegaskan untuk tidak memberi anak saya 'solid food' pada umurnya 6 bulan.

Apabila anak saya mencecah setahun, barulah saya mula memberi secara rutin 'solid food' kepadanya.

Kenapa?

Pada umur 6 bulan, sistem penghadaman anak baru saja mula untuk matang untuk memproses makanan kompleks. Apabila kita bebankan sistem penghadaman anak kecil, ianya akan mempengaruhi keseluruhan sistem dalaman anak. Pada saya, biarlah sistem penghadaman anak betul-betul bersedia untuk menghadam makanan kompleks kerana selepas itu, anak itu akan makan semua makanan yang boleh dimakan sehingga ke hujung nyawa.

Tak bolehkah kita bersabar untuk 8 bulan atau setahun?

2. Pemilihan susu yang betul

Jika anak anda mula menyusu dengan susu formula, saya sangat-sangat sarankan untuk pilih susu formula yang terbaik untuk anak anda.

Pada umur anak saya setahun 8 bulan, saya terpaksa memulakan susu formula kepada anak saya kerana susu badan tidak cukup dengan keperluan anak saya. Saya pilih susu EnfaGrow A+.

Saya memilih susu EnfaGrow dari Step 1 sehingga sekarang (Step 4) kerana anak saya sejak kecil telah didiagnos dengan eczema serta alahan kepada beberapa jenis makanan. Jadi, saya perlu pastikan anak saya tiada alahan pada susu formula dan mampu untuk memberi nutrien terbaik untuk anak saya.


Saya tidak mempunyai kapasiti untuk mencuba susu formula dari jenama yang lain. Memandangkan anak saya memang serasi dengan susu EnfaGrow A+ sejak kecil hingga sekarang, I'm a happy mom. Don't make your life difficult by trying different brands of formulated milk.

3. Pengambilan madu asli

Atas nasihat bapa saya, saya amalkan pemberian madu asli yang dicairkan dengan air kepada anak saya. Pada ketika itu, saya hampir 'give-up' apabila anak saya seringkali dijangkiti selesema. Hati seorang ibu memang berat untuk terlalu bergantung harap pada ubat-ubatan yang diberi oleh doktor. Jadi, sekiranya berkesempatan, saya akan masukkan satu sudu kecil madu asli ke dalam air suam untuk diminum oleh anak saya. Ketika anak saya dijangkiti selesema pun, sekurang-kurangnya sekali sehari saya akan campurkan madu asli ke dalam air suam untuk anak saya minum.

Ubat yang diberi oleh doktor juga wajib diberi kepada anak kerana itu juga adalah usaha kita untuk membantu anak kembali sihat.

Madu bagus untuk meningkatkan antibodi badan anak kita bagi melawan penyakit.



4. Pengambilan makanan tambahan

Ok, point yang ini terpulang kepada pilihan ibu bapa masing-masing. Saya pilih untuk memberi Mealshakes dari Shaklee kepada anak saya pada umur beliau sekitar 3 tahun ke atas. Saya hanya beri satu sudu kecil Mealshakes, sehari sekali yang dicampur dengan susu anak saya. Kemudian, saya berhenti untuk beri Mealshakes kepada anak atas sebab yang terlalu peribadi.

Tahun lepas, saya mula 'survey' di Farmasi Alpro Senawang untuk probiotik yang mesra kanak-kanak.

Ada probiotik yang tak mesra ke? Hahaaa..

Probiotik ni banyak terdapat secara semulajadi di dalam makanan kita. Ada juga minuman yang dikulturkan dengan probiotik ini untuk kebaikan sistem penghadaman kita contohnya Yakult, Vitagen, yoghurt drink, yoghurt dan sebagainya. Tetapi, minuman berkultur ni hampir kesemuanya adalah manis. Jika ditulis 'sugar-free' pada pembungkusannya sekalipun, tetap akan ditambah dengan pemanis sintetik. Jadi saya tidak benarkan anak saya untuk kerap mengambil produk-produk yang terlalu manis untuk kesihatan badan dan kesihatan mulutnya.

Alternatif saya adalah untuk memberi probiotik yang mudah untuk diambil oleh anak kecil. Kidsbiotics adalah salah satu jenama yang caught my eyes. Mungkin sebab gambar pada kotak 'packaging' tu comel kot.



Di dalam kotak Kidsbiotics ni ada 30 sachet 'white powder' yang mengandungi probiotics dan boleh dicampur dengan air suam, air minuman atau susu kerana ia adalah 'tasteless'. Kebiasaannya saya campur satu sachet dengan susu anak saya untuk diminum sebelum tidur ataupun pagi selepas dia bangun dari tidur.

Saya rasakan itu adalah waktu terbaik kerana sistem badan berada dalam keadaan rehat dan penyerapan nutrien adalah optimum pada ketika itu.

Tapi, saya tak beri Kidsbiotics ni setiap hari. Selang sehari, atau bila teringat. Nak buat macam mana, ibu bekerjaya, banyak urusan rumah dan pejabat yang perlu diselesaikan.


Setakat ni, itu sahaja yang saya ingat dalam penjagaan anak saya supaya dia tidak mudah jatuh sakit. Jika anak anda kerap sakit walau pun dah cuba amalkan perkara di atas, mungkin anda boleh cuba untuk tukar pengasuh, tukar tadika atau persekitaran anak yang mungkin menyebabkan anak anda mudah jatuh sakit.

Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk mana-mana produk yang saya sebutkan di atas.

Nature at its best!

Mardiana Ahamad Zabidi

Tuesday 27 December 2016

Bagaimana menghadapi ujian hidup?

Sedar tak sedar, tahun 2016 hampir sampai ke penghujungnya. Tirai 2017 bakal dibuka.
Cukupkah pencapaian kita pada 2016? Tercapaikah target yang kita mahukan pada awal tahun 2016?
Bagaimana pula dengan dugaan yang akan kita hadapi untuk tahun 2017? Apakah akan beroleh kesenangan atau kepayahan?
Banyak soalan yang kita sendiri tak dapat nak jawab apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kadang-kadang dugaan hidup datang bertubi-tubi, hinggakan satu ketika kita rasa sudah tiada daya dan upaya untuk bangun mempertahankan diri.
Dugaan hidup tidak akan pernah berhenti selagi kita bernyawa di atas dunia. Saya pernah mempersoalkan mengapa ujian yang aku terima non-stop walhal orang lain di sekeliling saya menjalani hidup mereka dengan mudah dan senang.
Memang saya berani untuk bercakap atau menulis tentang ujian hidup kerana saya pernah diuji ke satu tahap hingga saya rasa lost dan terfikir bagaimana nak memulakan semula hidup saya.
Trust me. Mengadu nasib kepada manusia atau lebih teruk, di media sosial tidak akan membantu walau sekelumit pun. Tiada siapa yang dapat mengangkat ujian dan dugaan hidup kita selain dari Allah. Cubalah berlari hingga ke hujung dunia sekalipun, ujian dan dugaan itu tetap akan mengikut kita.
Jadi, bagaimana kita nak menghadapi ujian hidup yang datang bertalu-talu tanpa belas ihsan?
1. Check ibadat solat kita.
Itu yang paling penting. Cukupkah solat 5 waktu setiap hari? Jika cukup, bagaimana agaknya kualiti solat kita di sisi Allah?
Kalau tak cukup, doa kepada Allah untuk bantu kita cukupkan solat 5 waktu setiap hari.
2. Mengadu kepada Allah.
Mengadu kepada Allah tentang situasi yang kita sedang lalui pada waktu itu. Berdoa. Doa is so powerful. Doa dengan seikhlasnya. Doa diberi kekuatan untuk menghadapi ujian. Mohon kepada Allah untuk angkat bebanan ujian dan dugaan dari bahu kita. Setiap masa berdoa. Doa di dalam hati jika ada rasa segan nak luahkan di mulut.
Eh, tapi kenapa nak segan berdoa dengan Allah?
Memang ada ketika kita sendiri rasa malu untuk meminta kepada Allah sebab terfikir, layakkah aku untuk meminta kepada Allah?
Jawapan bocor. Layak. Minta kepada Allah. Minta yang terbaik untuk diri kita dan orang-orang di sekeliling kita. Be specific apa yang kita nak minta.
Tapi, jangan doakan keburukan orang lain. Contohnya kita dianiaya atau dihina. Tak guna untuk kita berdoa keburukan atau kemusnahan orang lain seolahnya kita nak membalas dendam kepda orang yang menghina atau menganiaya diri kita. Just leave them alone with their words.
Kita doakan Allah beri yang terbaik untuk diri kita dan ahli keluarga kita. Minta kepada Allah untuk bantu perancangan hidup kita supaya kita sentiasa dapat yang terbaik dalam hidup kita.
3. Bersabar.
Sabar.
Cakap senanglah. Cuba kalau kau yang kena?
Memang itu adalah nasihat paling common yang kita akan dengar dari sesiapa pun. Tapi, memang sabar menghadapi ujian hidup akan memberi satu hadiah yang kita tak pernah terfikir untuk kita perolehi.
Sabar itu ada syaratnya.
Sabar dengan ujian hidup bukan bermaksud kita biar sahaja tanpa ada sebarang usaha.
Sabar itu mesti seiring dengan tindakan kita untuk memperbaiki kualiti diri. Kualiti dari segi solat, hubungan dengan ibu bapa dan anak-anak, cara kita berusaha untuk mencari rezeki, hubungan kita dengan rakan sekerja dan teman yang rapat.
4. DREAM BIG.
Yes. Kita mesti mempunyai impian yang besar. Walaupun pada ketika itu kita sedang diuji dengan ujian yang berat untuk ditanggung, jangan mengalah dengan impian kita.
Bila kita mempunyai impian, kita mesti berusaha ke arah impian itu. Kita mesti berusaha untuk menjadi yang lebih baik berbanding sebelum atau semasa kita menghadapi ujian dan dugaan hidup.
Set target untuk impian kita satu per satu. Minta bantuan dari orang sekeliling kita untuk kita memajukan diri. Jika ada impian yang tak dapat dicapai, jangan cepat rasa kecewa sebab impian itu bukan yang terbaik untuk kita.
5. Go travel.
Jauh berjalan, luas pandangan.
Bila kita travel ke tempat baru sama ada dalam negara atau luar negara, kita akan lihat masalah atau ujian yang kita hadapi dari perspektif yang berbeza.
Emosi kita akan menjadi lebih stabil, kita akan menjadi lebih gembira dengan kehidupan kita. Pengalaman travel ke negara luar akan menjadikan kita lebih matang untuk menyelesaikan satu-satu masalah dan ujian hidup yang kita sedang hadapi.
Jangan takut untuk travel ke luar negara. Minta kepada Allah untuk mudahkan urusan kita untuk melihat ciptaan-Nya supaya kita kembali rasa bersyukur untuk hidup kita sekarang.
 Asakusa, Tokyo, Jepun


Jungfraujoch, Zurich, Switzerland

6. Cuba perkara baru.
Tips yang paling last adalah untuk mencuba sesuatu yang baru yang mendatangkan manfaat pada kehidupan kita.
Apabila kita diuji, jiwa kita sedang berada pada satu tahap yang rendah. Dan ujian atau dugaan hidup ini akan menjadi satu push-factor untuk kita meningkatkan diri kita.
Pada ketika ini adalah masa yang terbaik untuk kita cuba perkara yang di luar kebiasaan kita. Contohnya, cuba makanan yang baru, lakukan aktiviti yang kita tak pernah lakukan sebelum ini seperti mendaki gunung atau scuba-diving, meningkatkan imej dan ketrampilan diri.
Perkara-perkara ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan diri kita sendiri dan membantu untuk kita menyelesaikan permasalahan yang kita sedang hadapi pada waktu ini.


Thursday 15 December 2016

Eczema dan rawatan alternatif dengan Nourishing Body Butter

Eczema.
Skin rashes.
Kulit sensitif.
Kulit kering.
Masalah kulit yang hampir biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak nowadays.
Banyak faktor yang menyebabkan masalah kulit ini. Ada yang disebabkan keturunan, genetik dan persekitaran kanak-kanak itu.
Masalah kulit pada kanak-kanak biasanya dapat dikesan sejak bayi terutamanya di bahagian kulit kepala (flaky scalps) serta bahagian pelipat di tengkuk, siku, lutut dan bahagian kemaluan.
Anak saya dikesan dengan eczema sekitar umur 2 bulan. Kami bawa anak berjumpa pakar kanak-kanak ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), Shah Alam Selangor. Anak saya diberi shower cream dan krim kulit dari Cetaphil dan krim khas untuk kulit kepala.
Produk Cetaphil dan krim khas untuk kulit kepala yang digunakan untuk anak saya memang berkesan. Kesan kemerahan, skin rashes dan gatal-gatal pada kulit anak saya berkurang, kulit lebih sekata, lembap, lembut dan licin. Tetapi ada satu perkara yang merisaukan saya.
Kulit anak saya semakin menipis di bahagian badan yang saya kerap apply krim tersebut.
Apparently, shower cream dan krim badan yang saya gunakan untuk anak saya mengandungi bahan-bahan kimia yang menghakis kulit serta steroid dan chemical preservatives (bahan pengawet).
Steroid.
Steroid merupakan salah satu bahan kimia yang bantu percepatkan pemulihan kulit. Steroid dan bahan-bahan kimia yang lain ni boleh masuk ke dalam bloodstream and eventually ke dalam sistem badan.
Bila saya mula realized bahan-bahan kimia di dalam produk tersebut, saya cuba untuk dapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak (Dr. Shan) di Hospital Fatimah, Ipoh. He is very kind, helpful, very knowledgeable dan memang saya prefer untuk bawa anak saya berjumpa beliau sekiranya anak saya tidak sihat.
Dr. Shan suggested a few natural products yang boleh digunakan untuk my son's skin condition. Salah satunya ialah brand MooGoo.
So, I've tried to use full range of shower cream, body cream and itchy cream dari brand Cetaphil, krim pakar kanak2 kepada yang lebih natural, MooGoo pada anak saya.
Saya guna full range produk MooGoo untuk anak saya. We love it. Mainly sebab ingredient produk-produk MooGoo lebih natural, tiada bahan kimia yang menghakis serta tiada steroid. Krim kulit MooGoo tu memang saya lumur satu badan setiap kali lepas mandi atau bila perlu.
Tapi, kesan pemulihan kulit agak lambat.
So, kami cuba kawal dari segi pemakanan dan persekitaran anak untuk mengurangkan masalah kulit. Alhamdulillah ada peningkatan untuk kulit anak dan tiada penipisan kulit.
Memang produk-produk untuk eczema, skin rashes dan  kulit sensitif ni mahal sikit, tapi sebagai emak, saya tak sanggup nak tengok anak tergaru-garu sampai luka. Nak mandi pun menangis sakit kena air pada bahagian yang luka. Ada masanya, tak dapat tidur dengan lena semalaman sebab anak saya menggaru pada bahagian badan yang gatal-gatal.
Anak saya mengalami sensitive and dry skin, allergies and eczema. Silap sikit in terms of makanan or persekitaran (habuk, panas, berpeluh atau bulu kucing) will definitely causing itchiness on his skin.
Skin redness and naik bintik2 merah.
Lagi satu, bila balik kampung, anak saya memang jadi champion kena gigit nyamuk.
So, I did research untuk bahan-bahan semulajadi untuk merawat masalah kegatalan disebabkan eczema dan gigitan nyamuk. Alhamdulillah berjaya hasilkan produk saya sendiri Nourishing Body Butter. Krim pelembap yang concentrated, packed with natural ingredients.

Salah satu highlight manfaat produk ini adalah untuk merawat masalah eczema dan kulit kering di kalangan kanak-kanak.

Oh, good! I can use this product not only for my son, but to myself as well!
I tried to use Nourishing Body Butter pada anak saya bila kena gigit nyamuk. Kesan merah dan gatal-gatal cepat hilang. Even masalah eczema dan skin rashes pun cepat hilang.
Kenapa saya guna Nourishing Body Butter ni pada kulit anak saya?
Sebab ingredients yang digunakan untuk Nourishing Body Butter ni dibuat dari bahan semulajadi (natural), tanpa steroid, SLS atau bahan pengawet. Guna sedikit dan sapu dengan nipis pada kulit dah cukup untuk atasi masalah-masalah kulit.
Back to basics.
Nature gives us the very best to treat ourselves.
So yeah, now Nourishing Body Butter is a must for Amir. Dia pun dah pandai pakai sendiri on his own skin to moisturize and smoothen his skin.
Jom tukar ke produk yang lebih natural.
WA  Diana: 012-6571901
Founder of MRAZ - Malaysian Natural Skin Care